" PeNcaRian iLmU "

Tuesday, June 05, 2012

Janji Allah Itu Pasti



Khas buat kakak yang adik sangat sayang,

Kak,ini adikmu berbicara,
adikmu ini selalu membuat seluruh keluarga kucar kacir,
Menyusahkan mak abah,,dan seluruh keluarga,
Akak,
Adikmu ini sangat lembik orangnye,
Tak kuat seperti kakak,,
Adikmu ini lurus sangat orangnye,siapa2 sahaja mengherdiknya,,dia diam,,dia menangis,
Adikmu ini tidak sebijak kakak,,adikmu ini sangat dungu,,
Adikmu ini teringin nak jadi macam kakak,,
Kakak pandai masak,,kak pandai jaga hati seluruh keluarga,,
Kakak dah kerja,,ada duit sendiri,,kakak dah ada kereta,,kakak dah punya bakal suami..
Kakak beruntung,,
Adikmu ini,,tidak punya apa2..
Adik hanya ada Al-Quran,adik hanya ada tikar sejadah,,adik hanya ada sisa-sisa hidup yang adik pun tak tahu macam mana kesudahan hayat adik..
Adik sayang kat kakak..adik sayang kat seluruh keluarga..
Kakak…
Kakak,,adik tak nak duit kakak..
Adik tak nak susahkan kakak
Adik tak nak susahkan mak abah lagi nak kena rushing bank in duit untuk adik..
Akak..
Adik tak nak sambung belajar…
Adik nak kerja dulu..adik nak ada duit sendiri macam kakak..
Jadi,,adik takkan lagi susahkan mak abah macam kakak dah xsusahkan mak abah..
Akak..
Maafkan adik..
Selama 4 tahun adik diperantauan..
Duduk di tempat orang..adik belajar banyak benda..
Adik tak nak jadi orang yang menyusahkan orang..
Adik tak nak kan apa2 lagi kak..
Doakan adik ya,,supaya Allah ambil adik dalam keadaan yang baik2..
Adik nak Allah ambil adik dalam keadaan adik sedang bersujud kepadaNYA..
Ini impian adik,,kak,,
Adik nak jadi anak solehah..nak bantu mak abah..
Adik nak masuk syurga..nak duduk dengan Rasulullah..
Akak,,maafkan adik,,sepanjang hayat adik,,adik selalu buat akak risau,,
Adik buat akak meluat dengan perangai adik..
Adik memang suka merajuk,,sebab adik tak pandai nak bercakap..
Adik tak nak bercakap,,sebab kalau adik bercakap,,nanti semua akan benci adik..
Adik tak nak camitu..
Adik nak redha mak abah..adik nak seluruh keluarga maafkan adik..
doakan adik abadi bersamaNYA di sana..
maafkan adik ya..
salamualaik,,kakak yang adik sayang sangat,Allah sahaja dapat balas jasa kakak dan seluruh keluarga.

Daripada: adik yang dungu.

Friday, December 02, 2011

CeriTa KoRea, DraMa Cinta, NoVeL CinTa VS AL-QuRaN


Alhamdulillah..
sampai juga ke hari Jumaat (saiyidul ayyam = penghulu segala hari) yang penuh barakah, kebahagiaan, dan kesenangan..

Alhamdulillah..
kali ni ada perbincangan dan musykilah berhubung dengan tajuk yang tertera di atas..yakni berkaitan ..
cerita korea,  drama cinta dan novel cinta VS " Al-Quran". 
haa.. mesti korang semua sangat berminat melihat cerita2 korea, drama2 melayu cinta, dan membaca novel2 cinta yg mana amat menyentuh hati kita bila kita tengok, baca dan hayati..sehinggakan boleh menitiskan air mata disebabkan sentuhan atau touching nya plot2 cerita tersebut...
sungguh kagum lah jika kerabat lelaki pun dapat menitiskan air mata..kagum..kagum,,sebab lelaki ni susah sangat nak tengok dorang bagi keluar air mata tu,.kalau perempuan tu lain lah..air mata dan wanita dah macam bagai isi dengan kuku..(eh yeke??) hehe..ada juga yang sanggup stay up di malam hari sampai mata lebam-lebam macam kung fu panda semata-mata tengok cerita korea, baca novel cinta  dan drama cinta melayu such as yang terhangat 'Nora Elena' yang berepisod-episod tak habis-habis....
Cubalah...
Air mata yang mengalir itu di adaptasikan ketika membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Quran dialunkan..
Subhanallah..
Sesungguhnya tiada lah apa pun yang lebih bernilai dan berguna kepada kita melainkan "Al-Quranulkareem". Ayat-ayatnya yang sangat cantik penyusunannya, banyak peringatan, panduan dan informasi yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian..ini semua semata-mata untuk menuju hari akhirat yang bakal menyusul tidak lama lagi yang tidak pernah kita ketahui bila waktunya..
MasyaAllah...Al-Quran..jadikanlah ia sebagai teman kita,,
Kalau novel tu kita boleh habiskan dalam satu malam....alangkah indahnya dan baiknya jika Al-Quran juga dapat dihabiskan dalam satu malam..
Kalau nak ikutkan, bilangan muka surat Al-Quran jika ia tafsir seperti yang ana pakai,,ada ~605~ muka surat sahaja,,berbanding dengan novel-novel cinta yang muka suratnya boleh mencecah ~800++~ Astaghfirullahal'azim,,,muhasabah diri semula...untuk ana dan juga sahabat-sahabat seperjuangan..
Bawalah Al-Quran dan bacalah serta hayati maknanya  ke mana pun kita pergi kecuali tempat yang diharamkan sebagaimana kita bawa novel cinta kita ke hulu ke hilir. 
jika ada yang kata Al-Quran tu berat lah nak bawak..nak kena jaga air wudhuk lagi dan macam-macam lagi alasan lain,,
Astaghfirullahal'azim...muhasabah diri sahabat,,Al-Quran itu tidak berat melainkan ianya terasa berat disebabkan manfaat yang ada pada Al-Quran tersebut.,,Yang mana sekarang ni dah ada tafsir Al-Quran yang boleh disentuh walaupun dalam keadaan ketiadaan air wudhuk..
Islam sangat indah dan cantik lagi sempurna..rukhsahnya amat ringan dan tidak membebankan..
Sahabat...Sungguh! di kubur yang gelap gelita nanti akan ada satu jelmaan yang mana dia adalah Al-Quran yang akan menemani kita kelak yang dapat menyinari kubur kita..dan juga akan membantu kita dan mengurangkan siksaan diakhirat kelak..
InsyaAllah..
Duhai diri dan sahabat2 yang sedang dalam pengembaraan menuju redhaNYA,,Bermujahadahlah fisabilillah..perbaiki mana yang tersalah laku..dan kekalkan serta istiqamah dalam menegakkan kebenaran..
 ~Al-Quranku Adalah Sahabatku 
Di dunia & Di akhirat
Wallahua'lam.


Tuesday, November 29, 2011

"Iman,Islam,Syahadah"


●❤●❤●❤

Jika RINDU ini bertatah,aku HARAP biarlah hanya untuk Allah.
Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu,aku pasrah.
Andai pencarian ini masih belum kutemui,
Ya Allah..damaikanlah hati.
Biarlah resah menarik sepi.
Biarlah kecewa meratap pergi.
 Biarlah KASIH mengikat diri.
Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati.
Serikanlah taman hati ini BUKAN pada fikiranku tapi pada redhaMu..
aku RINDU padaMu..
"ALLAHU RABBI"

  ●❤●❤●❤