" PeNcaRian iLmU "

Tuesday, June 05, 2012

Janji Allah Itu Pasti



Khas buat kakak yang adik sangat sayang,

Kak,ini adikmu berbicara,
adikmu ini selalu membuat seluruh keluarga kucar kacir,
Menyusahkan mak abah,,dan seluruh keluarga,
Akak,
Adikmu ini sangat lembik orangnye,
Tak kuat seperti kakak,,
Adikmu ini lurus sangat orangnye,siapa2 sahaja mengherdiknya,,dia diam,,dia menangis,
Adikmu ini tidak sebijak kakak,,adikmu ini sangat dungu,,
Adikmu ini teringin nak jadi macam kakak,,
Kakak pandai masak,,kak pandai jaga hati seluruh keluarga,,
Kakak dah kerja,,ada duit sendiri,,kakak dah ada kereta,,kakak dah punya bakal suami..
Kakak beruntung,,
Adikmu ini,,tidak punya apa2..
Adik hanya ada Al-Quran,adik hanya ada tikar sejadah,,adik hanya ada sisa-sisa hidup yang adik pun tak tahu macam mana kesudahan hayat adik..
Adik sayang kat kakak..adik sayang kat seluruh keluarga..
Kakak…
Kakak,,adik tak nak duit kakak..
Adik tak nak susahkan kakak
Adik tak nak susahkan mak abah lagi nak kena rushing bank in duit untuk adik..
Akak..
Adik tak nak sambung belajar…
Adik nak kerja dulu..adik nak ada duit sendiri macam kakak..
Jadi,,adik takkan lagi susahkan mak abah macam kakak dah xsusahkan mak abah..
Akak..
Maafkan adik..
Selama 4 tahun adik diperantauan..
Duduk di tempat orang..adik belajar banyak benda..
Adik tak nak jadi orang yang menyusahkan orang..
Adik tak nak kan apa2 lagi kak..
Doakan adik ya,,supaya Allah ambil adik dalam keadaan yang baik2..
Adik nak Allah ambil adik dalam keadaan adik sedang bersujud kepadaNYA..
Ini impian adik,,kak,,
Adik nak jadi anak solehah..nak bantu mak abah..
Adik nak masuk syurga..nak duduk dengan Rasulullah..
Akak,,maafkan adik,,sepanjang hayat adik,,adik selalu buat akak risau,,
Adik buat akak meluat dengan perangai adik..
Adik memang suka merajuk,,sebab adik tak pandai nak bercakap..
Adik tak nak bercakap,,sebab kalau adik bercakap,,nanti semua akan benci adik..
Adik tak nak camitu..
Adik nak redha mak abah..adik nak seluruh keluarga maafkan adik..
doakan adik abadi bersamaNYA di sana..
maafkan adik ya..
salamualaik,,kakak yang adik sayang sangat,Allah sahaja dapat balas jasa kakak dan seluruh keluarga.

Daripada: adik yang dungu.

No comments:

Post a Comment